Salam utk sesiapa yg sdg mncari bahan bacaan tentang bagaimana cara memelihara ikan hiasan air masin dalam akuarium / saltwater fish set up..
Pada aku mula2 nak kenal tentang ikan hiasan air masin ni, korang kena faham kitaran nitrogen ni dulu. Barulah korang boleh mula membela ikan air masin ni. Kitaran ni penting tau.. lebih kurang je dgn ikan air tawar Cuma bezanya ikan air tawar kita kena selalu tukar air kan. Tapi ikan air masin ni, lagi lama air tu lagi bagus..lagi banyak bakteria baik dan mikroorganisma yg hidup yg boleh support kehidupan dlm tu.. kalau nak cuci pun takleh simply buang semua air..buang beberapa percent je..sbb kita nak maintain menda hidup dlm tu. Biasa bg yg biasa membela ikan air masin ni, diorang akan ckp kena bela air dulu…sampai ada kehidupan mcm copepods tu baru kira air tu dh hidup. Masuk ikan pun ikan akan survive..tak susah pun sebenarnya nak setup ikan hiasan air masin ni Cuma kena SABAR je..tak leh nk buat semua dlm satu hari..kesian ikan2 tu tau..tu kita pnggil IGNORANCE.. ok, jom kita belajar sains skit adik2..hehe *sorry klu tersilap yer
 |
Ni kisah dulu2..dah arwah dh business ni tapi pengalaman masih lekat dlm sanubari..ecehhhhh...
|
Peringkat 1:
Ammonia terbentuk dari bahan buangan melalui makanan ikan atau lebihan makanan ikan. Lebihan makanan tadi akan terurai dan membentuk ionized ammonium (NH4) ataupun un-ionized ammonia (Nh3). Ammonium tak beri kesan buruk pada kehidupan akuarium tetapi ammonia akan memberi kesan buruk pada kehidupan didlm akuarium. Biasanya ia bergantung kepada tahap ph air. Kalau ph bawah 7 biasanya akn terbentuk ammonium. Jika sebaliknya akan terbentuk ammonia.
 |
API ammonia test kit |
Peringkat 2:
Kemudian, kalau kita teruskan dgn habit mcm bg makan ikan bnyk2 ataupun masukkn bnyk2 ikan dlm akuarium yg kecil, proses kitaran nitrogen ni akan lg cepat..tp dgn cara yg x elok lah. Maksudnya akan lg cepat air rosak. Daripada ammonia td, akan terurai jd toxin lain iaitu NITRITES (Nh2) pulak. Nitrites ni ok lah lg, masih boleh buat back up plan..masih boleh control dgn cara2 tertentu mcm tukar sedikit air, or gunakan refugium system mcm pokok tembakau merah (red mangrove) to control nitrites td..neutralize balik.. masih sempat la..ikan pn klu yang lasak ok masih boleh survive. Bakteria nitrosomonas yg mengoksidakan ammonia td dan membentuk nitrites (Nh2)
Peringkat 3:
Bakteria nitrobacter pula akan membiak dan akan huraikan nitrites (Nh2) kepada nitrates (Nh3). Hah, yg ni la saltwater hobbyist paling gerun sekali. Biasa klu ada test kit boleh check la..kalau nitrates level tu x bnyk, ok lg boleh la buat water change dlm 30-40% depends la pd level nitrates tu. Tp klu dh smpi high level, biasanya customer aku dulu terus buang seme air dlm tu setup balik..tak pasal2 jd cost bertambah..ye lah..garam nak kna masukkan balik..garam kau ingt mcm garam masak ke murah..garam ni mahal weh.. kalau tak salah, RM 180 ++ jugak satu baldi dlm 25kg..
 |
SERA test kit... |
**lagi besar akuarium lg bnyk air dgn bilangan hidupan dlm tu yg bersesuaian lg lmbt lah utk air tu rosak. Ni tak, akuarium dh la kecik habis penuh dia letak ikan mmg cepatlah jahanam air tu..lagi satu, ada lg sebab ikan boleh mati tetiba sbb kekurangan oksigen. Ada nisbah oksigen tau dgn bilangan kehidupan dlm sesebuah akuarium tu..jgn main hentam je..sian diorang..kesian poket hang..dah lah mahal harga..beza dgn ikan air tawar, ikan air masin ni, mana pakai oksigen..klu pakai oksigen akn jadi problem lain pulak..
 |
yg pernah ada dlm tank kami di kedai satu masa dulu..hrp2 tak luput diingatan la nama sekor2 tu..huhu |
ehh ehhh dah dah..aku klu dh start bercerita pasal ni..mulalh nk jd mcm membebel pulak..haishhh teringat pulak zaman berniaga dlu bila layan kan customer yg degil xnk dgr ckp pastu dtg consult..hahaha..Ok, sekian perkongsian aku tentang asas kitaran nitrogen dlm akuarium..