Assalamualaikum.
Alhamdulillah seminggu dua ni rozi sibuk dengan kerja-kerja mendesign blog
customer dan beberapa artwork lain. Seronok pulak keje mendesign macam ni
sebabnya rozi tak perlu keluar rumah macam business online lain. Just duk
goyang kaki je depan pc. Nampak senang kan. Tapi yang buat kerja-kerja design
saja kot yang tahu kerja ni tak semudah tu. Tahu kenapa? Sebabnya kami perlu
berfikir diluar kotak. Beyond our imagination. Kena bayangkan apa yg customer
kita bayangkan. Tapi alhamdulillah buat masa ni customer xde lah yg terlalu
cerewet. Tukar design sikit2 tu biasalah. Minor adjustment je pun. Okey, kali ni
rozi nak cerita sikit pasal blog template.
Mungkin dah ramai yang
tahu tapi rasa ramai juga yang belum faham especially yang baru belajar berblog
kan. Takpe rozi terangkan dlm bahasa yang senang difahami.
Responsive
Layout akan berubah
mengikut device (cth: hp, ipad). Bila kita buka blog kita dekat PC akan jadi
full layout. Biasanya sidebar akan berada ditepi. Menu bar juga akan berada
diatas. Tapi bila kita on other device sidebar akan turun kebawah. Lebar
layout/column akan berubah mengikut saiz device. Maknanya kita tak perlu zoom
in untuk baca content article. Menu akan bertukar kepada mode device view.
Kelebihan
Responsive template
adalah lebih user friendly sebab tujuan utama readers/ blogwalkers masuk ke
blog kita adalah untuk baca article. Sekarang pun dah tak ramai orang guna PC
or laptop untuk online. Masing-masing guna hp je kan. Screen hp kan kecik so,
klu full layout sama mcm view kat PC, kita kena zoom baru boleh baca content
dengan jelas. Lagi-lagi lah yang jenis tulisan tak clear tu kan.
Tapi mengikut
pemerhatian rozi kn, masih ramai yang setia dengan template non-responsive
termasuklah blog2 yang popular. Kenapa yer? Apa yang rozi cuba fahamkan kenapa
mereka memilih non-responsive template mungkin kerana diorang nak nampak sama
design bila view on any device. Sebab bila responsive ni kurang sikit effect
design tu..sidebar turun bawah. Macam simple sangatkan.
Sekarang pun dah terlalu
banyak free template utk yg jenis responsive. Blogger kena tahu sedikit
sebanyak pasal ni cth macam bila rozi editkan blog customer. First, rozi akan
tanya nak yang responsive ke non. Sebab nanti bila siap diorang akn pelik
kenapa lain. Mana sidebarnya dan bla bla...
Cantik-cantik design
responsive and sekarang pun banyak yang responsive template available for free
download. Tapi jangan risau bagi yang nak tukar template responsive menjadi
non-responsive, nanti rozi up satu entry yer. Tu bagi yang biasa dengan html
code la. Bagi yang taknak pening-pening dengan html code tu, apa kata korang
serahkan je pada rozi. Biar rozi mudahkan kerja anda.
Bagi rozi, tak kisah pun
responsive or non-responsive asalkan blog kita SEO friendly. Apa pulak SEO
friendly ni kan..hmm sorry, rozi pun masih tgh belajar lagi pasal SEO and i’ll
try my best to provide SEO friendly template bila edit blog customer.
Bagi blogger baru,
mungkin belum faham lagi pasal blog template ni yang mana sedikit sebanyak akan
affect blog traffic. Ada yang nak edit cantik-cantik. Yer, rozi cuba minimise
atau cuba sebaik mungkin ringankan blog dengan design yang minimal tapi masih
lagi cantik dan menepati citarasa customer rozi.
*kalau berminat nak
cantikkan blog yg sedia ada atau template baru sepenuhnya, boleh click menu
Graphic Design I Edit Blog kat ats tu..