ANTARA mangsa yang cedera akibat serangan bom di Sungai Golok, malam tadi.
60 cedera, dua maut dalam tiga serangan berasingan di selatan ThailandSUNGAI GOLOK (Selatan Thailand): Rakyat Malaysia antara yang dipercayai maut dalam serangan bom yang dilakukan serentak di tiga lokasi berasingan dalam kejadian bom di Sungai Golok malam tadi.
Laporan awal pihak berkuasa menyebut kira-kira 60 orang cedera dalam kejadian pada jam 7.15 petang waktu Thailand (8.15 malam waktu Malaysia), tetapi tidak diketahui sama ada cedera parah atau sebaliknya, manakala dua orang terbunuh termasuk seorang rakyat Malaysia yang belum dikenal pasti identitinya.Setakat jam 10 malam tadi, belum diketahui berapa ramai rakyat Malaysia yang cedera.Ketua Polis Sungai Golok, Kolonel Chakapon Phanon, ketika mengulas kejadian berkata, tiga lokasi serangan membabitkan dua hotel iaitu Hotel Parkson dan Hotel Merlin serta sebuah tokong. baca selanjutnya
Pada pandangan aku, suasana sekitar rantau panjang yang bersebelahan dengan Thai tu pun kelihatan tak tersusun. mcm dah xde undang2..seolah-olah berada di Thailand pulak aku rasa...kalau anda pergi kesana, hati-hati lah..kalau boleh takyah pergi lagi buat masa sekarang...