May 17, 2010

kerana aku hanyalah seorang isteri

adakah sudah tiba waktu untukku berhenti berjalan sendiri. kini waktu untukku dipimpin kejalan dan destinasi yang jauh disudut hati ini tidak sekali merestui. payah dan kelu lidahku dan elokku simpan saja perasaan ini. kerana aku hanyalah seorang isteri. ucapanku tidak lagi beerti. pilihanku tidak lagi dijadikan bahan penting. aku dicabar mencari bahagiaku sendiri dari celah-celah kesulitan dan kebohongan jiwa. dari mana harus aku dapatkan kekuatan untuk diteruskan esok-esok yang pasti bertambah sukar. kadang-kadang aku hilang punca dalam usaha mencari damai. aku masih lagi dihimpit rasa benci. rasa ingin ku lari hingga ke hujung dunia. ternyata itu hanyalah ceritera yang ku karang sekadar merawat luka yang menjalar dalam jiwa. tiada tempat untukku mengadu rasa yang menghiris perasaan. kerana mungkin aku hanyalah seorang isteri. tempatku hanya untuk disamping dia. walau jantungku seakan mahu berhenti bila difikirkan sampai mati aku disini.ohh tidak. hanya apabila aku seorang isteri. bila mana tidak akan pasti aku berlalu membawa diri. namun ini bukanlah suatu doa aku sebagai isteri dipendekkan ikatan ini. cuma aku mahu pergi. arghh aku celaru ..aku haru.....

2 comments on “kerana aku hanyalah seorang isteri”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

SUBSCRIBE
Langgan Newsletter untuk update terkini dan info menarik
Subscription Form
Copyright © Jasminerosse
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram