August 23, 2009

Pusaran persahabatan

Dalam mencari erti hidup
Ia hilang perlahan-lahan
Dek denai yang berduri
Maka sukarlah perjalananku
Dalam keghairahan aku mengejar mimpi
Tersekat aku pada nafas silam
Yang kita hembus bersama
Kita hayungkan kaki ini
Dan kita dakap bersama
Seutas janji
Persahabatan yang abadi..

Walau disini aku harus menyusuri arus deras
Denai yang berduri
Aku tidak mahu nafas semalam
Tercalar luka
Biarpun aku hebat menawan puncak
Permatang jua memahami
Seraut wajah bagaikan terbit bersama
Indah mentari membangkitkan diri
Walau kehijauan menjadi tatapan lukisan alam
Kau umpama rotan azimat berlikar dilengan ini
Memberi aku kekuatan

Izinkan aku mencari diri

Mendaki kepuncak merdeka

Biar aku hilang rasa belenggu
Biar aku bebaskan mimpi-mimpi kosong
Aku ingin berpijak pada garis putih yang jelas
Hamparan hijau dan sukar laluan
membantu aku bernafas dengan puas
Aku sedar kini
Dunia ini Sangat luas
Tak mampu aku melewati satu persatu
Cukuplah aku tahu dimana kaki ini berpijak

Photobucket

4 comments on “Pusaran persahabatan”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

SUBSCRIBE
Langgan Newsletter untuk update terkini dan info menarik
Subscription Form
Copyright © Jasminerosse
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram